Name:
Location: LEEDS, WEST YORKSHIRE, United Kingdom

Monday, January 01, 2007

mende kecik?

renungan dari terjemahan maksud surah al-isra'(17:32) yang bermaksud "dan jgnlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yg buruk."

apa yang di perkatakan oleh saudara seagama saya mengatakan saya tersilap dalam pemahaman kepada ayat tersebut. ini berikutan pendapat saya` bercinta sebelum berkahwin' adalah suatu alam yang indah yang tidak berpijak kepada realiti. Semuanya adalah lakonan hebat masing-masing untuk menyembunyikan kelemahan diri. Sahabat saya mengatakan masa bercinta adalah tempoh mengenali sesama pasangan. Adakah kita tidak dapat kenal seseorang jika hanya bersahabat seikhlas mungkin. Langkah yang cukup mudah untuk megelakkan diri ke alam percintaan yang penuh khayalan:

1. Berkawan seikhlas mungkin..

2. Mengenali keluarga masing-masing..

3. Ikatan pertunangan..

4. Perkahwinan..


Bagi saya ikatan 'bercinta sebelum kahwin' mendifinisi perkara mendekati maksiat. Berikut adalah fakta dari berita harian:

KAJIAN I-KON BERITA HARIAN SABTU 30 JULAI 2005, page 15

Realiti Masyarakat Hari Ini

Kajian sekitar Kuala Lumpur & Shah Alam membabitkan 100 remaja YANG BELUM DI IJABKABUL

31%- pernah mengadakan hubungan seks sebelum di ijabkabul

57%- mengaku pernah bercium dengan pasangan mereka

69%- remaja yang mengaku pernah berpeluk dengan pasangan mereka

80%- remaja yang berpasangan berpegang tangan dengan teman istimewa

Kajian menunjukkan betapa masyarakat muda mudi hari ini mengalami korupsi akhlak yang nyata. Bagi mereka tempoh bercinta adalah saat untuk mengenal pasangan seperti budaya masyarakat barat hari ini. Bagi masyarakat barat, perkahwinan adalah benda yang terlalu perlu di teliti kerana ia melibatkan soal undang2 dan hak serta wang. Akibatnya, budaya dan amalan perkahwinan mengikut agama semakin terhakis di barat. Masyarakat barat lebih gemar memilih untuk tinggal sebumbung dengan pasangan kekasih mereka dan sekaligus melakukan perhubungan di luar batasan seperti kaum binatang tanpa rasa bersalah dan tanpa segan silu memiliki anak2 haram. Ini memang logik kalau di katakan alasan untuk bercinta untuk mengenali pasangan mereka. Mereka tahu bagaimana segala kebaikan dan keburukan pasangan mereka kerana mereka sentiasa bersama hatta ke tempat tidur pun. Jika demikian, fenomena bercinta di kalangan umat islam, tidak wajar di jadikan alasan untuk bercinta untuk mengenali pasangan. Mereka keluar bersama, setiap minggu untuk mengenali hati pasangan. Setiap sejam, mereka bersms serta meluahkan kata rindu dan sayang. Begitulah percintaan, pengorbanan masa dan wang tanpa apa-apa jaminan. Hanya mainan perasaan dan kadang-kadang nafsu jahat menyelinap masuk seperti mula berpegangan tangan, kemudian bepelukan serta bercumbuan dan yang paling parah melakukan hubungan seks seperti binatang iaitu di luar ikatan perkahwinan. Adakah islam tidak membenarkan langsung percintaan? Islam membenarkan percintaan. Dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim dari Allah semuanya termaktub kepada perasaan kasih dan sayang. Islam memberi kasih dan sayang, bahkan islam jua membekali manusia dengan Al-Quran Dan Hadis sebagai panduan untuk manusia bercinta..Islam sebenarnya tidak menggalakkan cinta antara kaum adam dengan kaum hawa sebelum berkahwin. Prinsip keutamaan dalam islam adalah 'protection is better than cure'. Berdasarkan statistik berita harian, ramai remaja yang tewas dalam jihad melawan hawa nafsunya sebelum bercinta. Oleh demikian untuk mengelak dari terjerumus ke lembah 'org yg melakukan maksiat' islam tidak menggalakkan percintaan sebelum perkahwinan, tetapi islam amat menggalakkan percintaan selepas berkahwin. Bagi Islam, institusi keluarga adalah sebuah institusi asas yang paling penting dalam masyarakat dan ia harus di pelihara kemurniannya. Seks di luar nikah adalah bertentangan dengan fitrah manusia yang normal. Kesimpulannya, bercinta sebelum kahwin adalah satu perkara yang harus di elakkan kerana terdapat banyak kesan negatif dari nilai kemanusiaan dan moral.

1 Comments:

Blogger Sir James Eric Watkins said...

artists welcome: www.promiseoflight.org

10:54 PM  

Post a Comment

<< Home